Surah 93 · 11 ayat

سورة الضحى

Ad-Duhaa

Pagi yang Cemerlang / Matahari Meninggi

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Halaman 596 · Juzuk 30 · Hizb 60
  1. 1

    وَٱلضُّحَىٰ﴿١﴾

    wal-ḍuḥā

    Demi waktu dhuha,

    0
  2. 2

    وَٱلَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ ﴿٢﴾

    wa-al-layli idhā sajā

    Dan malam apabila ia sunyi-sepi -

  3. 3

    مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ ﴿٣﴾

    mā waddaʿaka rabbuka wamā qalā

    (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

  4. 4

    وَلَلْـَٔاخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ ٱلْأُولَىٰ ﴿٤﴾

    walalākhiratu khayrun laka mina l-ūlā

    Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

  5. 5

    وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰٓ ﴿٥﴾

    walasawfa yuʿ'ṭīka rabbuka fatarḍā

    Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.

  6. 6

    أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَـَٔاوَىٰ ﴿٦﴾

    alam yajid'ka yatīman faāwā

    Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?

  7. 7

    وَوَجَدَكَ ضَآلًّا فَهَدَىٰ ﴿٧﴾

    wawajadaka ḍāllan fahadā

    Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?

  8. 8

    وَوَجَدَكَ عَآئِلًا فَأَغْنَىٰ ﴿٨﴾

    wawajadaka ʿāilan fa-aghnā

    Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

  9. 9

    فَأَمَّا ٱلْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ ﴿٩﴾

    fa-ammā l-yatīma falā taqhar

    Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

  10. 10

    وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ ﴿١٠﴾

    wa-ammā l-sāila falā tanhar

    Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

  11. 11

    وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ ﴿١١﴾

    wa-ammā biniʿ'mati rabbika faḥaddith

    Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

0:000:00
الضحى1/11