Surah 91 · 15 ayat

سورة الشمس

Ash-Shams

Matahari

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Halaman 595 · Juzuk 30 · Hizb 60
  1. 1

    وَٱلشَّمْسِوَضُحَىٰهَا﴿١﴾

    wal-shamsi waḍuḥāhā

    Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;

    0
  2. 2

    وَٱلْقَمَرِ إِذَا تَلَىٰهَا ﴿٢﴾

    wal-qamari idhā talāhā

    Dan bulan apabila ia mengiringinya;

  3. 3

    وَٱلنَّهَارِ إِذَا جَلَّىٰهَا ﴿٣﴾

    wal-nahāri idhā jallāhā

    Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;

  4. 4

    وَٱلَّيْلِ إِذَا يَغْشَىٰهَا ﴿٤﴾

    wa-al-layli idhā yaghshāhā

    Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),

  5. 5

    وَٱلسَّمَآءِ وَمَا بَنَىٰهَا ﴿٥﴾

    wal-samāi wamā banāhā

    Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);

  6. 6

    وَٱلْأَرْضِ وَمَا طَحَىٰهَا ﴿٦﴾

    wal-arḍi wamā ṭaḥāhā

    Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);

  7. 7

    وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّىٰهَا ﴿٧﴾

    wanafsin wamā sawwāhā

    Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

  8. 8

    فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَىٰهَا ﴿٨﴾

    fa-alhamahā fujūrahā wataqwāhā

    Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -

  9. 9

    قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّىٰهَا ﴿٩﴾

    qad aflaḥa man zakkāhā

    Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

  10. 10

    وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّىٰهَا ﴿١٠﴾

    waqad khāba man dassāhā

    Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

  11. 11

    كَذَّبَتْ ثَمُودُ بِطَغْوَىٰهَآ ﴿١١﴾

    kadhabat thamūdu biṭaghwāhā

    (Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;

  12. 12

    إِذِ ٱنۢبَعَثَ أَشْقَىٰهَا ﴿١٢﴾

    idhi inbaʿatha ashqāhā

    Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),

  13. 13

    فَقَالَ لَهُمْ رَسُولُ ٱللَّهِ نَاقَةَ ٱللَّهِ وَسُقْيَـٰهَا ﴿١٣﴾

    faqāla lahum rasūlu l-lahi nāqata l-lahi wasuq'yāhā

    Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: " (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!"

  14. 14

    فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمْدَمَ عَلَيْهِمْ رَبُّهُم بِذَنۢبِهِمْ فَسَوَّىٰهَا ﴿١٤﴾

    fakadhabūhu faʿaqarūhā fadamdama ʿalayhim rabbuhum bidhanbihim fasawwāhā

    (Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).

  15. 15

    وَلَا يَخَافُ عُقْبَـٰهَا ﴿١٥﴾

    walā yakhāfu ʿuq'bāhā

    Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).

0:000:00
الشمس1/15