Surah 88 · 26 ayat

سورة الغاشية

Al-Ghashiyah

Peristiwa Menggelisahkan/Hari Pembalasan

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Halaman 592 · Juzuk 30 · Hizb 60
  1. 1

    هَلْأَتَىٰكَحَدِيثُٱلْغَـٰشِيَةِ﴿١﴾

    hal atāka ḥadīthu l-ghāshiyati

    Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?

    0
  2. 2

    وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَـٰشِعَةٌ ﴿٢﴾

    wujūhun yawma-idhin khāshiʿatun

    Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,

  3. 3

    عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌ ﴿٣﴾

    ʿāmilatun nāṣibatun

    Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,

  4. 4

    تَصْلَىٰ نَارًا حَامِيَةً ﴿٤﴾

    taṣlā nāran ḥāmiyatan

    Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -

  5. 5

    تُسْقَىٰ مِنْ عَيْنٍ ءَانِيَةٍ ﴿٥﴾

    tus'qā min ʿaynin āniyatin

    Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.

  6. 6

    لَّيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٍ ﴿٦﴾

    laysa lahum ṭaʿāmun illā min ḍarīʿin

    Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,

  7. 7

    لَّا يُسْمِنُ وَلَا يُغْنِى مِن جُوعٍ ﴿٧﴾

    lā yus'minu walā yugh'nī min jūʿin

    Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.

  8. 8

    وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاعِمَةٌ ﴿٨﴾

    wujūhun yawma-idhin nāʿimatun

    (Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,

  9. 9

    لِّسَعْيِهَا رَاضِيَةٌ ﴿٩﴾

    lisaʿyihā rāḍiyatun

    Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -

  10. 10

    فِى جَنَّةٍ عَالِيَةٍ ﴿١٠﴾

    fī jannatin ʿāliyatin

    (Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),

  11. 11

    لَّا تَسْمَعُ فِيهَا لَـٰغِيَةً ﴿١١﴾

    lā tasmaʿu fīhā lāghiyatan

    Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,

  12. 12

    فِيهَا عَيْنٌ جَارِيَةٌ ﴿١٢﴾

    fīhā ʿaynun jāriyatun

    Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,

  13. 13

    فِيهَا سُرُرٌ مَّرْفُوعَةٌ ﴿١٣﴾

    fīhā sururun marfūʿatun

    Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),

  14. 14

    وَأَكْوَابٌ مَّوْضُوعَةٌ ﴿١٤﴾

    wa-akwābun mawḍūʿatun

    Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),

  15. 15

    وَنَمَارِقُ مَصْفُوفَةٌ ﴿١٥﴾

    wanamāriqu maṣfūfatun

    Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),

  16. 16

    وَزَرَابِىُّ مَبْثُوثَةٌ ﴿١٦﴾

    wazarābiyyu mabthūthatun

    Serta hamparan-hamparan yang terbentang.

  17. 17

    أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى ٱلْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ ﴿١٧﴾

    afalā yanẓurūna ilā l-ibili kayfa khuliqat

    (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?

  18. 18

    وَإِلَى ٱلسَّمَآءِ كَيْفَ رُفِعَتْ ﴿١٨﴾

    wa-ilā l-samāi kayfa rufiʿat

    Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?

  19. 19

    وَإِلَى ٱلْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ ﴿١٩﴾

    wa-ilā l-jibāli kayfa nuṣibat

    Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?

  20. 20

    وَإِلَى ٱلْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ ﴿٢٠﴾

    wa-ilā l-arḍi kayfa suṭiḥat

    Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?

  21. 21

    فَذَكِّرْ إِنَّمَآ أَنتَ مُذَكِّرٌ ﴿٢١﴾

    fadhakkir innamā anta mudhakkirun

    Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;

  22. 22

    لَّسْتَ عَلَيْهِم بِمُصَيْطِرٍ ﴿٢٢﴾

    lasta ʿalayhim bimuṣayṭirin

    Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).

  23. 23

    إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ ﴿٢٣﴾

    illā man tawallā wakafara

    Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, -

  24. 24

    فَيُعَذِّبُهُ ٱللَّهُ ٱلْعَذَابَ ٱلْأَكْبَرَ ﴿٢٤﴾

    fayuʿadhibuhu l-lahu l-ʿadhāba l-akbara

    Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.

  25. 25

    إِنَّ إِلَيْنَآ إِيَابَهُمْ ﴿٢٥﴾

    inna ilaynā iyābahum

    Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,

  26. 26

    ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا حِسَابَهُم ﴿٢٦﴾

    thumma inna ʿalaynā ḥisābahum

    Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.

0:000:00
الغاشية1/26