Surah 56 · 96 ayat

سورة الواقعة

Al-Waqi'ah

Peristiwa yang Tidak Dapat Dielakkan

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Halaman 534 · Juzuk 27 · Hizb 54
  1. 1

    إِذَاوَقَعَتِٱلْوَاقِعَةُ﴿١﴾

    idhā waqaʿati l-wāqiʿatu

    Apabila berlaku hari kiamat itu,

    0
  2. 2

    لَيْسَ لِوَقْعَتِهَا كَاذِبَةٌ ﴿٢﴾

    laysa liwaqʿatihā kādhibatun

    Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.

  3. 3

    خَافِضَةٌ رَّافِعَةٌ ﴿٣﴾

    khāfiḍatun rāfiʿatun

    Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).

  4. 4

    إِذَا رُجَّتِ ٱلْأَرْضُ رَجًّا ﴿٤﴾

    idhā rujjati l-arḍu rajjan

    (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.

  5. 5

    وَبُسَّتِ ٱلْجِبَالُ بَسًّا ﴿٥﴾

    wabussati l-jibālu bassan

    Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,

  6. 6

    فَكَانَتْ هَبَآءً مُّنۢبَثًّا ﴿٦﴾

    fakānat habāan munbathan

    Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,

  7. 7

    وَكُنتُمْ أَزْوَٰجًا ثَلَـٰثَةً ﴿٧﴾

    wakuntum azwājan thalāthatan

    Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);

  8. 8

    فَأَصْحَـٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ مَآ أَصْحَـٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ ﴿٨﴾

    fa-aṣḥābu l-maymanati mā aṣḥābu l-maymanati

    Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?

  9. 9

    وَأَصْحَـٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ مَآ أَصْحَـٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ ﴿٩﴾

    wa-aṣḥābu l-mashamati mā aṣḥābu l-mashamati

    Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?

  10. 10

    وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلسَّـٰبِقُونَ ﴿١٠﴾

    wal-sābiqūna l-sābiqūna

    Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);

  11. 11

    أُو۟لَـٰٓئِكَ ٱلْمُقَرَّبُونَ ﴿١١﴾

    ulāika l-muqarabūna

    Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),

  12. 12

    فِى جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ ﴿١٢﴾

    fī jannāti l-naʿīmi

    (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.

  13. 13

    ثُلَّةٌ مِّنَ ٱلْأَوَّلِينَ ﴿١٣﴾

    thullatun mina l-awalīna

    (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;

  14. 14

    وَقَلِيلٌ مِّنَ ٱلْـَٔاخِرِينَ ﴿١٤﴾

    waqalīlun mina l-ākhirīna

    Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.

  15. 15

    عَلَىٰ سُرُرٍ مَّوْضُونَةٍ ﴿١٥﴾

    ʿalā sururin mawḍūnatin

    (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;

  16. 16

    مُّتَّكِـِٔينَ عَلَيْهَا مُتَقَـٰبِلِينَ ﴿١٦﴾

    muttakiīna ʿalayhā mutaqābilīna

    Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.

  17. 17

    يَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَٰنٌ مُّخَلَّدُونَ ﴿١٧﴾

    yaṭūfu ʿalayhim wil'dānun mukhalladūna

    Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -

  18. 18

    بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيقَ وَكَأْسٍ مِّن مَّعِينٍ ﴿١٨﴾

    bi-akwābin wa-abārīqa wakasin min maʿīnin

    Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.

  19. 19

    لَّا يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلَا يُنزِفُونَ ﴿١٩﴾

    lā yuṣaddaʿūna ʿanhā walā yunzifūna

    Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.

  20. 20

    وَفَـٰكِهَةٍ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ ﴿٢٠﴾

    wafākihatin mimmā yatakhayyarūna

    Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,

  21. 21

    وَلَحْمِ طَيْرٍ مِّمَّا يَشْتَهُونَ ﴿٢١﴾

    walaḥmi ṭayrin mimmā yashtahūna

    Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.

  22. 22

    وَحُورٌ عِينٌ ﴿٢٢﴾

    waḥūrun ʿīnun

    Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,

  23. 23

    كَأَمْثَـٰلِ ٱللُّؤْلُؤِ ٱلْمَكْنُونِ ﴿٢٣﴾

    ka-amthāli l-lu'lu-i l-maknūni

    Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

  24. 24

    جَزَآءًۢ بِمَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ ﴿٢٤﴾

    jazāan bimā kānū yaʿmalūna

    (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.

  25. 25

    لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا وَلَا تَأْثِيمًا ﴿٢٥﴾

    lā yasmaʿūna fīhā laghwan walā tathīman

    Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -

  26. 26

    إِلَّا قِيلًا سَلَـٰمًا سَلَـٰمًا ﴿٢٦﴾

    illā qīlan salāman salāman

    Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).

  27. 27

    وَأَصْحَـٰبُ ٱلْيَمِينِ مَآ أَصْحَـٰبُ ٱلْيَمِينِ ﴿٢٧﴾

    wa-aṣḥābu l-yamīni mā aṣḥābu l-yamīni

    Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?

  28. 28

    فِى سِدْرٍ مَّخْضُودٍ ﴿٢٨﴾

    fī sid'rin makhḍūdin

    Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.

  29. 29

    وَطَلْحٍ مَّنضُودٍ ﴿٢٩﴾

    waṭalḥin manḍūdin

    Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,

  30. 30

    وَظِلٍّ مَّمْدُودٍ ﴿٣٠﴾

    waẓillin mamdūdin

    Dan naungan yang tetap terbentang,

  31. 31

    وَمَآءٍ مَّسْكُوبٍ ﴿٣١﴾

    wamāin maskūbin

    Dan air yang sentiasa mengalir,

  32. 32

    وَفَـٰكِهَةٍ كَثِيرَةٍ ﴿٣٢﴾

    wafākihatin kathīratin

    Serta buah-buahan yang banyak,

  33. 33

    لَّا مَقْطُوعَةٍ وَلَا مَمْنُوعَةٍ ﴿٣٣﴾

    lā maqṭūʿatin walā mamnūʿatin

    Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,

  34. 34

    وَفُرُشٍ مَّرْفُوعَةٍ ﴿٣٤﴾

    wafurushin marfūʿatin

    Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.

  35. 35

    إِنَّآ أَنشَأْنَـٰهُنَّ إِنشَآءً ﴿٣٥﴾

    innā anshanāhunna inshāan

    Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

  36. 36

    فَجَعَلْنَـٰهُنَّ أَبْكَارًا ﴿٣٦﴾

    fajaʿalnāhunna abkāran

    Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

  37. 37

    عُرُبًا أَتْرَابًا ﴿٣٧﴾

    ʿuruban atrāban

    Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.

  38. 38

    لِّأَصْحَـٰبِ ٱلْيَمِينِ ﴿٣٨﴾

    li-aṣḥābi l-yamīni

    (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;

  39. 39

    ثُلَّةٌ مِّنَ ٱلْأَوَّلِينَ ﴿٣٩﴾

    thullatun mina l-awalīna

    Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,

  40. 40

    وَثُلَّةٌ مِّنَ ٱلْـَٔاخِرِينَ ﴿٤٠﴾

    wathullatun mina l-ākhirīna

    Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.

  41. 41

    وَأَصْحَـٰبُ ٱلشِّمَالِ مَآ أَصْحَـٰبُ ٱلشِّمَالِ ﴿٤١﴾

    wa-aṣḥābu l-shimāli mā aṣḥābu l-shimāli

    Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?

  42. 42

    فِى سَمُومٍ وَحَمِيمٍ ﴿٤٢﴾

    fī samūmin waḥamīmin

    Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak

  43. 43

    وَظِلٍّ مِّن يَحْمُومٍ ﴿٤٣﴾

    waẓillin min yaḥmūmin

    Serta naungan dari asap hitam,

  44. 44

    لَّا بَارِدٍ وَلَا كَرِيمٍ ﴿٤٤﴾

    lā bāridin walā karīmin

    Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.

  45. 45

    إِنَّهُمْ كَانُوا۟ قَبْلَ ذَٰلِكَ مُتْرَفِينَ ﴿٤٥﴾

    innahum kānū qabla dhālika mut'rafīna

    Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).

  46. 46

    وَكَانُوا۟ يُصِرُّونَ عَلَى ٱلْحِنثِ ٱلْعَظِيمِ ﴿٤٦﴾

    wakānū yuṣirrūna ʿalā l-ḥinthi l-ʿaẓīmi

    Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,

  47. 47

    وَكَانُوا۟ يَقُولُونَ أَئِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَـٰمًا أَءِنَّا لَمَبْعُوثُونَ ﴿٤٧﴾

    wakānū yaqūlūna a-idhā mit'nā wakunnā turāban waʿiẓāman a-innā lamabʿūthūna

    Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?

  48. 48

    أَوَءَابَآؤُنَا ٱلْأَوَّلُونَ ﴿٤٨﴾

    awaābāunā l-awalūna

    "Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? "

  49. 49

    قُلْ إِنَّ ٱلْأَوَّلِينَ وَٱلْـَٔاخِرِينَ ﴿٤٩﴾

    qul inna l-awalīna wal-ākhirīna

    Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,

  50. 50

    لَمَجْمُوعُونَ إِلَىٰ مِيقَـٰتِ يَوْمٍ مَّعْلُومٍ ﴿٥٠﴾

    lamajmūʿūna ilā mīqāti yawmin maʿlūmin

    "Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum.

  51. 51

    ثُمَّ إِنَّكُمْ أَيُّهَا ٱلضَّآلُّونَ ٱلْمُكَذِّبُونَ ﴿٥١﴾

    thumma innakum ayyuhā l-ḍālūna l-mukadhibūna

    "Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),

  52. 52

    لَـَٔاكِلُونَ مِن شَجَرٍ مِّن زَقُّومٍ ﴿٥٢﴾

    laākilūna min shajarin min zaqqūmin

    Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,

  53. 53

    فَمَالِـُٔونَ مِنْهَا ٱلْبُطُونَ ﴿٥٣﴾

    famāliūna min'hā l-buṭūna

    "Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,

  54. 54

    فَشَـٰرِبُونَ عَلَيْهِ مِنَ ٱلْحَمِيمِ ﴿٥٤﴾

    fashāribūna ʿalayhi mina l-ḥamīmi

    "Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,

  55. 55

    فَشَـٰرِبُونَ شُرْبَ ٱلْهِيمِ ﴿٥٥﴾

    fashāribūna shur'ba l-hīmi

    "Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas".

  56. 56

    هَـٰذَا نُزُلُهُمْ يَوْمَ ٱلدِّينِ ﴿٥٦﴾

    hādhā nuzuluhum yawma l-dīni

    Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.

  57. 57

    نَحْنُ خَلَقْنَـٰكُمْ فَلَوْلَا تُصَدِّقُونَ ﴿٥٧﴾

    naḥnu khalaqnākum falawlā tuṣaddiqūna

    Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).

  58. 58

    أَفَرَءَيْتُم مَّا تُمْنُونَ ﴿٥٨﴾

    afara-aytum mā tum'nūna

    (Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?

  59. 59

    ءَأَنتُمْ تَخْلُقُونَهُۥٓ أَمْ نَحْنُ ٱلْخَـٰلِقُونَ ﴿٥٩﴾

    a-antum takhluqūnahu am naḥnu l-khāliqūna

    Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?

  60. 60

    نَحْنُ قَدَّرْنَا بَيْنَكُمُ ٱلْمَوْتَ وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوقِينَ ﴿٦٠﴾

    naḥnu qaddarnā baynakumu l-mawta wamā naḥnu bimasbūqīna

    Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;

  61. 61

    عَلَىٰٓ أَن نُّبَدِّلَ أَمْثَـٰلَكُمْ وَنُنشِئَكُمْ فِى مَا لَا تَعْلَمُونَ ﴿٦١﴾

    ʿalā an nubaddila amthālakum wanunshi-akum fī mā lā taʿlamūna

    (Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.

  62. 62

    وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ ٱلنَّشْأَةَ ٱلْأُولَىٰ فَلَوْلَا تَذَكَّرُونَ ﴿٦٢﴾

    walaqad ʿalim'tumu l-nashata l-ūlā falawlā tadhakkarūna

    Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).

  63. 63

    أَفَرَءَيْتُم مَّا تَحْرُثُونَ ﴿٦٣﴾

    afara-aytum mā taḥruthūna

    Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?

  64. 64

    ءَأَنتُمْ تَزْرَعُونَهُۥٓ أَمْ نَحْنُ ٱلزَّٰرِعُونَ ﴿٦٤﴾

    a-antum tazraʿūnahu am naḥnu l-zāriʿūna

    Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?

  65. 65

    لَوْ نَشَآءُ لَجَعَلْنَـٰهُ حُطَـٰمًا فَظَلْتُمْ تَفَكَّهُونَ ﴿٦٥﴾

    law nashāu lajaʿalnāhu ḥuṭāman faẓaltum tafakkahūna

    Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,

  66. 66

    إِنَّا لَمُغْرَمُونَ ﴿٦٦﴾

    innā lamugh'ramūna

    (Sambil berkata): "Sesungguhnya kami menanggung kerugian.

  67. 67

    بَلْ نَحْنُ مَحْرُومُونَ ﴿٦٧﴾

    bal naḥnu maḥrūmūna

    "Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) "

  68. 68

    أَفَرَءَيْتُمُ ٱلْمَآءَ ٱلَّذِى تَشْرَبُونَ ﴿٦٨﴾

    afara-aytumu l-māa alladhī tashrabūna

    Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?

  69. 69

    ءَأَنتُمْ أَنزَلْتُمُوهُ مِنَ ٱلْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ ٱلْمُنزِلُونَ ﴿٦٩﴾

    a-antum anzaltumūhu mina l-muz'ni am naḥnu l-munzilūna

    Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?

  70. 70

    لَوْ نَشَآءُ جَعَلْنَـٰهُ أُجَاجًا فَلَوْلَا تَشْكُرُونَ ﴿٧٠﴾

    law nashāu jaʿalnāhu ujājan falawlā tashkurūna

    Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.

  71. 71

    أَفَرَءَيْتُمُ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى تُورُونَ ﴿٧١﴾

    afara-aytumu l-nāra allatī tūrūna

    Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?

  72. 72

    ءَأَنتُمْ أَنشَأْتُمْ شَجَرَتَهَآ أَمْ نَحْنُ ٱلْمُنشِـُٔونَ ﴿٧٢﴾

    a-antum anshatum shajaratahā am naḥnu l-munshiūna

    Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?

  73. 73

    نَحْنُ جَعَلْنَـٰهَا تَذْكِرَةً وَمَتَـٰعًا لِّلْمُقْوِينَ ﴿٧٣﴾

    naḥnu jaʿalnāhā tadhkiratan wamatāʿan lil'muq'wīna

    Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.

  74. 74

    فَسَبِّحْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلْعَظِيمِ ﴿٧٤﴾

    fasabbiḥ bi-is'mi rabbika l-ʿaẓīmi

    Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).

  75. 75

    ۞ فَلَآ أُقْسِمُ بِمَوَٰقِعِ ٱلنُّجُومِ ﴿٧٥﴾

    falā uq'simu bimawāqiʿi l-nujūmi

    Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -

  76. 76

    وَإِنَّهُۥ لَقَسَمٌ لَّوْ تَعْلَمُونَ عَظِيمٌ ﴿٧٦﴾

    wa-innahu laqasamun law taʿlamūna ʿaẓīmun

    Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -

  77. 77

    إِنَّهُۥ لَقُرْءَانٌ كَرِيمٌ ﴿٧٧﴾

    innahu laqur'ānun karīmun

    Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),

  78. 78

    فِى كِتَـٰبٍ مَّكْنُونٍ ﴿٧٨﴾

    fī kitābin maknūnin

    Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,

  79. 79

    لَّا يَمَسُّهُۥٓ إِلَّا ٱلْمُطَهَّرُونَ ﴿٧٩﴾

    lā yamassuhu illā l-muṭaharūna

    Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;

  80. 80

    تَنزِيلٌ مِّن رَّبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ ﴿٨٠﴾

    tanzīlun min rabbi l-ʿālamīna

    Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.

  81. 81

    أَفَبِهَـٰذَا ٱلْحَدِيثِ أَنتُم مُّدْهِنُونَ ﴿٨١﴾

    afabihādhā l-ḥadīthi antum mud'hinūna

    Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?

  82. 82

    وَتَجْعَلُونَ رِزْقَكُمْ أَنَّكُمْ تُكَذِّبُونَ ﴿٨٢﴾

    watajʿalūna riz'qakum annakum tukadhibūna

    Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?

  83. 83

    فَلَوْلَآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلْحُلْقُومَ ﴿٨٣﴾

    falawlā idhā balaghati l-ḥul'qūma

    Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -

  84. 84

    وَأَنتُمْ حِينَئِذٍ تَنظُرُونَ ﴿٨٤﴾

    wa-antum ḥīna-idhin tanẓurūna

    Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -

  85. 85

    وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنكُمْ وَلَـٰكِن لَّا تُبْصِرُونَ ﴿٨٥﴾

    wanaḥnu aqrabu ilayhi minkum walākin lā tub'ṣirūna

    Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,

  86. 86

    فَلَوْلَآ إِن كُنتُمْ غَيْرَ مَدِينِينَ ﴿٨٦﴾

    falawlā in kuntum ghayra madīnīna

    Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -

  87. 87

    تَرْجِعُونَهَآ إِن كُنتُمْ صَـٰدِقِينَ ﴿٨٧﴾

    tarjiʿūnahā in kuntum ṣādiqīna

    Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?

  88. 88

    فَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلْمُقَرَّبِينَ ﴿٨٨﴾

    fa-ammā in kāna mina l-muqarabīna

    Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ",

  89. 89

    فَرَوْحٌ وَرَيْحَانٌ وَجَنَّتُ نَعِيمٍ ﴿٨٩﴾

    farawḥun warayḥānun wajannatu naʿīmin

    Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.

  90. 90

    وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنْ أَصْحَـٰبِ ٱلْيَمِينِ ﴿٩٠﴾

    wa-ammā in kāna min aṣḥābi l-yamīni

    Dan jika ia dari puak kanan,

  91. 91

    فَسَلَـٰمٌ لَّكَ مِنْ أَصْحَـٰبِ ٱلْيَمِينِ ﴿٩١﴾

    fasalāmun laka min aṣḥābi l-yamīni

    Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan".

  92. 92

    وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلْمُكَذِّبِينَ ٱلضَّآلِّينَ ﴿٩٢﴾

    wa-ammā in kāna mina l-mukadhibīna l-ḍālīna

    Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,

  93. 93

    فَنُزُلٌ مِّنْ حَمِيمٍ ﴿٩٣﴾

    fanuzulun min ḥamīmin

    Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,

  94. 94

    وَتَصْلِيَةُ جَحِيمٍ ﴿٩٤﴾

    wataṣliyatu jaḥīmin

    Serta bakaran api neraka.

  95. 95

    إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ حَقُّ ٱلْيَقِينِ ﴿٩٥﴾

    inna hādhā lahuwa ḥaqqu l-yaqīni

    Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.

  96. 96

    فَسَبِّحْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلْعَظِيمِ ﴿٩٦﴾

    fasabbiḥ bi-is'mi rabbika l-ʿaẓīmi

    Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

0:000:00
الواقعة1/96