Surah 55 · 78 ayat

سورة الرحمن

Ar-Rahman

Yang Maha Pemurah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Halaman 531 · Juzuk 27 · Hizb 54
  1. 1

    ٱلرَّحْمَـٰنُ﴿١﴾

    al-raḥmānu

    (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

    0
  2. 2

    عَلَّمَ ٱلْقُرْءَانَ ﴿٢﴾

    ʿallama l-qur'āna

    Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

  3. 3

    خَلَقَ ٱلْإِنسَـٰنَ ﴿٣﴾

    khalaqa l-insāna

    Dia lah yang telah menciptakan manusia; -

  4. 4

    عَلَّمَهُ ٱلْبَيَانَ ﴿٤﴾

    ʿallamahu l-bayāna

    Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

  5. 5

    ٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَرُ بِحُسْبَانٍ ﴿٥﴾

    al-shamsu wal-qamaru biḥus'bānin

    Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;

  6. 6

    وَٱلنَّجْمُ وَٱلشَّجَرُ يَسْجُدَانِ ﴿٦﴾

    wal-najmu wal-shajaru yasjudāni

    Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.

  7. 7

    وَٱلسَّمَآءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ ٱلْمِيزَانَ ﴿٧﴾

    wal-samāa rafaʿahā wawaḍaʿa l-mīzāna

    Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,

  8. 8

    أَلَّا تَطْغَوْا۟ فِى ٱلْمِيزَانِ ﴿٨﴾

    allā taṭghaw fī l-mīzāni

    Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;

  9. 9

    وَأَقِيمُوا۟ ٱلْوَزْنَ بِٱلْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا۟ ٱلْمِيزَانَ ﴿٩﴾

    wa-aqīmū l-wazna bil-qis'ṭi walā tukh'sirū l-mīzāna

    Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.

  10. 10

    وَٱلْأَرْضَ وَضَعَهَا لِلْأَنَامِ ﴿١٠﴾

    wal-arḍa waḍaʿahā lil'anāmi

    Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:

  11. 11

    فِيهَا فَـٰكِهَةٌ وَٱلنَّخْلُ ذَاتُ ٱلْأَكْمَامِ ﴿١١﴾

    fīhā fākihatun wal-nakhlu dhātu l-akmāmi

    Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;

  12. 12

    وَٱلْحَبُّ ذُو ٱلْعَصْفِ وَٱلرَّيْحَانُ ﴿١٢﴾

    wal-ḥabu dhū l-ʿaṣfi wal-rayḥānu

    Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;

  13. 13

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿١٣﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

  14. 14

    خَلَقَ ٱلْإِنسَـٰنَ مِن صَلْصَـٰلٍ كَٱلْفَخَّارِ ﴿١٤﴾

    khalaqa l-insāna min ṣalṣālin kal-fakhāri

    Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,

  15. 15

    وَخَلَقَ ٱلْجَآنَّ مِن مَّارِجٍ مِّن نَّارٍ ﴿١٥﴾

    wakhalaqa l-jāna min mārijin min nārin

    Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;

  16. 16

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿١٦﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  17. 17

    رَبُّ ٱلْمَشْرِقَيْنِ وَرَبُّ ٱلْمَغْرِبَيْنِ ﴿١٧﴾

    rabbu l-mashriqayni warabbu l-maghribayni

    (Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.

  18. 18

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿١٨﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  19. 19

    مَرَجَ ٱلْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ ﴿١٩﴾

    maraja l-baḥrayni yaltaqiyāni

    Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;

  20. 20

    بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ ﴿٢٠﴾

    baynahumā barzakhun lā yabghiyāni

    Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;

  21. 21

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٢١﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  22. 22

    يَخْرُجُ مِنْهُمَا ٱللُّؤْلُؤُ وَٱلْمَرْجَانُ ﴿٢٢﴾

    yakhruju min'humā l-lu'lu-u wal-marjānu

    Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;

  23. 23

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٢٣﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  24. 24

    وَلَهُ ٱلْجَوَارِ ٱلْمُنشَـَٔاتُ فِى ٱلْبَحْرِ كَٱلْأَعْلَـٰمِ ﴿٢٤﴾

    walahu l-jawāri l-munshaātu fī l-baḥri kal-aʿlāmi

    Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;

  25. 25

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٢٥﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  26. 26

    كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ ﴿٢٦﴾

    kullu man ʿalayhā fānin

    Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:

  27. 27

    وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو ٱلْجَلَـٰلِ وَٱلْإِكْرَامِ ﴿٢٧﴾

    wayabqā wajhu rabbika dhū l-jalāli wal-ik'rāmi

    Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

  28. 28

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٢٨﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  29. 29

    يَسْـَٔلُهُۥ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۚ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِى شَأْنٍ ﴿٢٩﴾

    yasaluhu man fī l-samāwāti wal-arḍi kulla yawmin huwa fī shanin

    Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!

  30. 30

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٣٠﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?

  31. 31

    سَنَفْرُغُ لَكُمْ أَيُّهَ ٱلثَّقَلَانِ ﴿٣١﴾

    sanafrughu lakum ayyuha l-thaqalāni

    Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!

  32. 32

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٣٢﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  33. 33

    يَـٰمَعْشَرَ ٱلْجِنِّ وَٱلْإِنسِ إِنِ ٱسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا۟ مِنْ أَقْطَارِ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ فَٱنفُذُوا۟ ۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَـٰنٍ ﴿٣٣﴾

    yāmaʿshara l-jini wal-insi ini is'taṭaʿtum an tanfudhū min aqṭāri l-samāwāti wal-arḍi fa-unfudhū lā tanfudhūna illā bisul'ṭānin

    Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!

  34. 34

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٣٤﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  35. 35

    يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌ مِّن نَّارٍ وَنُحَاسٌ فَلَا تَنتَصِرَانِ ﴿٣٥﴾

    yur'salu ʿalaykumā shuwāẓun min nārin wanuḥāsun falā tantaṣirāni

    Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);

  36. 36

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٣٦﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  37. 37

    فَإِذَا ٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتْ وَرْدَةً كَٱلدِّهَانِ ﴿٣٧﴾

    fa-idhā inshaqqati l-samāu fakānat wardatan kal-dihāni

    Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;

  38. 38

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٣٨﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  39. 39

    فَيَوْمَئِذٍ لَّا يُسْـَٔلُ عَن ذَنۢبِهِۦٓ إِنسٌ وَلَا جَآنٌّ ﴿٣٩﴾

    fayawma-idhin lā yus'alu ʿan dhanbihi insun walā jānnun

    Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);

  40. 40

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٤٠﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  41. 41

    يُعْرَفُ ٱلْمُجْرِمُونَ بِسِيمَـٰهُمْ فَيُؤْخَذُ بِٱلنَّوَٰصِى وَٱلْأَقْدَامِ ﴿٤١﴾

    yuʿ'rafu l-muj'rimūna bisīmāhum fayu'khadhu bil-nawāṣī wal-aqdāmi

    Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);

  42. 42

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٤٢﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  43. 43

    هَـٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِى يُكَذِّبُ بِهَا ٱلْمُجْرِمُونَ ﴿٤٣﴾

    hādhihi jahannamu allatī yukadhibu bihā l-muj'rimūna

    (Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".

  44. 44

    يَطُوفُونَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ حَمِيمٍ ءَانٍ ﴿٤٤﴾

    yaṭūfūna baynahā wabayna ḥamīmin ānin

    Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!

  45. 45

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٤٥﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  46. 46

    وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ جَنَّتَانِ ﴿٤٦﴾

    waliman khāfa maqāma rabbihi jannatāni

    Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -

  47. 47

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٤٧﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  48. 48

    ذَوَاتَآ أَفْنَانٍ ﴿٤٨﴾

    dhawātā afnānin

    (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -

  49. 49

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٤٩﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  50. 50

    فِيهِمَا عَيْنَانِ تَجْرِيَانِ ﴿٥٠﴾

    fīhimā ʿaynāni tajriyāni

    Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -

  51. 51

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٥١﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.

  52. 52

    فِيهِمَا مِن كُلِّ فَـٰكِهَةٍ زَوْجَانِ ﴿٥٢﴾

    fīhimā min kulli fākihatin zawjāni

    Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).

  53. 53

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٥٣﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  54. 54

    مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ فُرُشٍۭ بَطَآئِنُهَا مِنْ إِسْتَبْرَقٍ ۚ وَجَنَى ٱلْجَنَّتَيْنِ دَانٍ ﴿٥٤﴾

    muttakiīna ʿalā furushin baṭāinuhā min is'tabraqin wajanā l-janatayni dānin

    Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.

  55. 55

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٥٥﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  56. 56

    فِيهِنَّ قَـٰصِرَٰتُ ٱلطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَآنٌّ ﴿٥٦﴾

    fīhinna qāṣirātu l-ṭarfi lam yaṭmith'hunna insun qablahum walā jānnun

    Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;

  57. 57

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٥٧﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  58. 58

    كَأَنَّهُنَّ ٱلْيَاقُوتُ وَٱلْمَرْجَانُ ﴿٥٨﴾

    ka-annahunna l-yāqūtu wal-marjānu

    Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.

  59. 59

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٥٩﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  60. 60

    هَلْ جَزَآءُ ٱلْإِحْسَـٰنِ إِلَّا ٱلْإِحْسَـٰنُ ﴿٦٠﴾

    hal jazāu l-iḥ'sāni illā l-iḥ'sānu

    Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?

  61. 61

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٦١﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  62. 62

    وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ ﴿٦٢﴾

    wamin dūnihimā jannatāni

    Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);

  63. 63

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٦٣﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  64. 64

    مُدْهَآمَّتَانِ ﴿٦٤﴾

    mud'hāmmatāni

    Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;

  65. 65

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٦٥﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  66. 66

    فِيهِمَا عَيْنَانِ نَضَّاخَتَانِ ﴿٦٦﴾

    fīhimā ʿaynāni naḍḍākhatāni

    Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:

  67. 67

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٦٧﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  68. 68

    فِيهِمَا فَـٰكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمَّانٌ ﴿٦٨﴾

    fīhimā fākihatun wanakhlun warummānun

    Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,

  69. 69

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٦٩﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  70. 70

    فِيهِنَّ خَيْرَٰتٌ حِسَانٌ ﴿٧٠﴾

    fīhinna khayrātun ḥisānun

    Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;

  71. 71

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٧١﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  72. 72

    حُورٌ مَّقْصُورَٰتٌ فِى ٱلْخِيَامِ ﴿٧٢﴾

    ḥūrun maqṣūrātun fī l-khiyāmi

    Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;

  73. 73

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٧٣﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  74. 74

    لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَآنٌّ ﴿٧٤﴾

    lam yaṭmith'hunna insun qablahum walā jānnun

    (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;

  75. 75

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٧٥﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  76. 76

    مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ رَفْرَفٍ خُضْرٍ وَعَبْقَرِىٍّ حِسَانٍ ﴿٧٦﴾

    muttakiīna ʿalā rafrafin khuḍ'rin waʿabqariyyin ḥisānin

    Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.

  77. 77

    فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٧٧﴾

    fabi-ayyi ālāi rabbikumā tukadhibāni

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

  78. 78

    تَبَـٰرَكَ ٱسْمُ رَبِّكَ ذِى ٱلْجَلَـٰلِ وَٱلْإِكْرَامِ ﴿٧٨﴾

    tabāraka us'mu rabbika dhī l-jalāli wal-ik'rāmi

    Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

0:000:00
الرحمن1/78